Pengalaman Peribadi oleh TG di Asia

Shalina Abdullah, Malaysia


dimuatkan 14/1/2003


Hakcipta terpelihara oleh Shalina Abdullah, segala penghasilan semula dan pengedaran tertakluk kepada undang-undang hakcipta dan kebenaran mesti dipohon dari pemilik hakcipta


Saya adalah anak pertama dari empat adik beradik(dua adik perempuan dan seorang adik lelaki). Ibu dan bapa saya adalah guru sekolah. Walaubagaimanapun saya tidak tahu kemana mereka pergi tetapi mereka selalu tidak berada di rumah selepas waktu sekolah. Saya dan adik adik saya ditinggalkan seharian dengan pengasuh. Oleh itu saya tidak dibebankan dengan tugas menjaga adik-adik saya.

Saya sering menghabiskan masa saya di dalam bilik yang banyak menyimpan baju-baju nenek saya semasa mudanya. kebanyakan mereka yang mengenali saya selalu mengatakan bahawa saya adalah seorang kanak-kanak yang suka bersendirian kerana saya suka menhabiskan masa saya bersendirian didalam bilik itu. Saya sering bergaya didalam bilik itu dengan memakai pakaian pakaian nenek saya itu dan berharap dapat bertukar menjadi budak perempuan. Walaubagaimana sekalipun ibu dan bapa saya cuba untuk membuat saya bergaul dengan kanak-kanak lain, saya akan tetap kembali ke bilik itu. Saya semenangnya tidak berminat berkawan dengan kanak-kanak lain kerana saya merasakan diri saya berbeza dari mereka. Sekiranya saya tidak berada di bilik kegemaran saya, saya akan bermain sendirian di bilik persalinan ibu saya, saya akan memakai blaus, skirt dan pakaian dalamnya dan bersolek juga.

Kesemua kelakuan saya itu bermula sejak dari usia saya 5 tahun. Saya terus bermain-main di dalam bilik itu sehingga saya berusia 12 tahun. Di dalam bilik itu jugalah saya mengalami mimpi basah saya yang pertama...dengan anak jiran. Mulai ketika itu saya mulai memahami yang saya sememangnya tiada nafsu dengan wanita kerana saya mengatakan saya juga perempuan(saya pernah mengelakkan diri dari digunting rambut di kedai gunting lelaki dengan mengatakan secara terang-terangan bahawa saya adalah budak perempuan).

Selepas mimpi tersebut, saya amat benci pada zakar saya dan pernah cuba untuk memotongnya dengan pisau cukur bapa saya tetapi berhenti dari memotongnya kerana kesakiran yang amat sangat. Selepas itu saya cuba meminum jamu perapat yang ibu saya gunakan dengan andaian sekiranya jamu tersebut boleh merapatkan kemaluan wanita, maka ia tentu boleh mengecilkan kemaluan lelaki seterusnya menghilangkanya.

Bilik yang sering saya habiskan masa saya akhirnya menjadi bilik saya secara rasminya ketika saya berusia 13 tahun Di dalam bilik itu ada sebuah katil yang rekabentuknya agak unik kerana katil itu mempunyai ruangan untuk menyimpan barang-barang yang saya gunakan untuk menyimpan segala koleksi kosmetik, pakaian dalam dan sebagainya di bahagian kepala katil tersebut. Pada masa yang sama, seorang sepupu saya datang tinggal bersama kami dan yang lebih malang ibu saya meminta saya untuk berkongsi bilik denganya. Dia pula selepas menjumpai segalanya , mula memanggil saya dengan pelbagai gelaran, bapok, pondan dan segala barang saya ditunjuk kepada semua orang. Ibu bapa saya sangat marah.

 Kehidupan saya ketika itu amat menyiksakan sehinggakan sekiranya mereka terbau bau minyak wangi atau wangi-wangian, mereka akan datang mengetuk pintu bilik saya dan meminta saya membuka pintu bilik Selepas peristimwa itu saya tidak berani lagi untuk bergaul dengan kawan-kawan saya yang berjiwa lembut seperti saya kerana saya takut ibu bapa saya mengetahui yang saya masih tidak berubah. Sekiranya itu berlaku saya pasti mereka akan melakukan sesuatu yang lebih teruk.

Saya selepas dari peristiwa itu lebih gemar bersendirian di taman. Di situlah saya berjumpa dengan teman lelaki saya yang pertama. Dia ketika itu berusia 60 tahun dan saya sendiri sekitar usia 13 tahun. Hubungan kami berterusan selama 5 tahun. Ketika saya berusia 18 tahun , beliau meninggal dunia sehari selepas dia memfailkan cerai dari isterinya.

Saya begitu kecewa sehinggakan saya berhenti belajar dan secara kebetualn permohonan saya untuk memasuki maktab perguruan diterima. Kerana ingin jauh dari ibu dan bapa saya, saya memohon untuk ke Pulau Pinang Di sana saya dapati kehidupan amat menarik dan saya berjumpa dengan kakak-kakak yang banyak membantu saya ketika saya menghadapi masalah kewangan dan mereka jugalah yang membuat saya benar-benar terfikir. Kata mereka cinta mak nyah tak sampai kemana. Hanya sampai ke ranjang. Jadi kenapa mesti kita kerugian? Ambil kesempatan sedikit dan dari itu kehidupan dapat diteruskan.

 Pada mulanya saya agak kecewa bila mereka berkata demikian kerana saya menganggap diri saya berbeza kerana saya benar benar mencintainya. Saya akhirnya termakan juga cakap-cakap mereka terutamanya bila saya dilanda masalah kesempitan wang. Saya akhirnya turut melacurkan diri di lorong Saya terus melibatkan diri saya sehingga saya tamat pengajian.

Pada tahun 1993, saya telah ditempatkan di sebuah sekolah di pendalaman Kelantan saya hanya bertugas disitu selama setahun. saya mengalami tekanan yang amat sangat kerana saya dirogol dan yang lebih memedihkan perasaan saya adalah sikap pihak berkuasa apabila saya hendak mengadu. Mereka begitu sinis sehinggakan apabila saya cuba menunjukkan kemarahan saya mereka hanya ketawa dan sebaliknya mengugut saya untuk menahan saya di lokap.

Setiap hari lelaki yang merogol saya menunggu saya disimpang jalan masuk ke sekolah tempat saya mengajar bersama rakan-rakannya dan bergilir-gilir merogol saya. Selepas itu saya memohon bertukar ke Perak dan disana saya amat bahagia. Ketika itu juga saya mula terfikir tentang masa depan. Saya memohon untuk melanjutkan pelajaran di USM . Nasib menyebelahi saya saya diterima masuk ke USM. Masalah kembali timbul apabila saya sekali lagi mengalami masalah kewangan. Saya mula kembali bekerja dilorong dan pada masa yang sama, konflik dalaman saya makin hebat. Saya pernah cuba untuk membunuh diri. Saya cuba pelbagai cara tetapi semuanya tidak berhasil. Sehinggakan ada dikalangan guru agama menyuruh saya berkahwin kerana pada mereka masalah saya ini adalah suatu penyakit yang dibuat-buat.!

Saya tidak dapat menamatkan pengajian saya di USM kerana masalah-masalah tertentu. Tahun ini saya memohon untuk menyambung pengajian saya di UKM dan saya amat berharap dapat menamatkan pengajian saya kali ini. Bukan untuk diri saya semata tetapi untuk membuktikan pada semua orang bahawa "kita "juga boleh!

Home