Laporan Negara:    MALAYSIA

Teh Yik Koon, Pengajian Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia

Hakcipta terpelihara oleh Teh Yik Koon. Segala penghasilan semula dan diseminasi dilindungi oleh undang-undang hakcipta terlihara dan perlu dipohon dari pemilik hakcipta. 

Diterjemah semula Shalina Anne Abdullah

a. Pengenalan dan pandangan terhadap maknyah di Malaysia
Menurut Khairuddin (tidak dicetak), transeksual, secara umumnya di Malaysia merujuk kepada lelaki transeksual (mak nyah). Walaupun terdapat wanita transeksual, bilangan mereka lebih sedikit berbanding dengan golongan transeksual lelaki.

Golongan transeksual wanita lebih sukar dikesan kerana faktor penampilan pakaian mereka yang tiada perbezaan dengan wanita-wanita lain. Sebagai contoh, golongan ini yang dikenali sebagai "pak nyah atau abang", sering memakai kemeja-t dan seluar jeans yang sebenarnya diterima oleh masyarakat di Malaysia sebagai pakalan wanita (uniseks).

Menurut Teh (1998:169), bilangan maknyah di malaysia adalah berjumlah sekitar 10000. 70 hingga 80 % adalah berketurunan Melayu dan selebihnya adalah berketurunan Cina, India serta lain-lain etnik minoriti.

Istilah maknyah mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1987 apabila golongan ini cuba untuk menubuhkan satu persatuan untuk mereka dan istilah ini digunakan untuk merujuk kepada golongan lelaki transeksual kerana istilah-istilah seperti bapok dan pondan pada umumnya merujuk kepada golongan lelaki-lelaki lembut termasuk juga golongan homoseksual.

b. Konteks kebudayaan dan keagamaan.
Oleh kerana majoriti maknyah adalah berketurunan Melayu, mereka selalunya beragama Islam yang merupakan agama rasmi di Malaysia.

Menurut pandangan Islam, gender (jantina) terbahagi kepada empat kumpulan iaitu lelaki, perempuan, khunsa dan mukhannis atau mukhannas. Khunsa, pada clasarnya bermaksud dwi jantina. Manakala mukhannas adalah golongan yang mahukan jantina yang lain dari jantina mereka lahir. Mereka mahu menjadi wanita dan membenci identiti kelakian mereka. Golongan mukhannis pula, mereka adalah golongan lelaki yang tinggi sifat kewanitaanya tetapi tidak mahukan pembedahan jantina.

Golongan khunsa, menurut Islam, dibenarkan untuk menjalani pembedahan jantina supaya mereka dapat menjadi samada lelaki atau wanita. Walaubagaimanapun Islam melarang golongan mukhannas atau mukhannis bersolek, menyuntik hormon untak membesarkan payudara atau menjalani pembedahan jantina dan sebagainya.

Pada tahun 1983, Majlis, Raja-Raja telah menetapkan fatwa bahawa pembedahan jantina adalah haram hukumnya kerana pembedahan itu adalah salah di sisi Islam. Perbuatan silang-pakaian (cross dressing) juga dilarang. Bagi golongan khunsa, pembedahan jantina adalah dibenarkan. Maka secara dasarnya, golongan maknyah sebenamya adalah tidak diiktiraf bagi masyarakat Malaysia. Ramai dari mereka menerima kenyataan bahawa Islam melarang transeksualisme. Ini selaras dengan dalil - dalil yang dinyatakan melalui hadis. Sebagai contoh, hadis di dalam sahih Bukhari, Volum 7, buku 72, nombor 774, yang bermaksud:

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas:
Rasulullah melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi "halau mereka dari rumahmu. "

Di dalam hadis Sunan Abu Dawud, Buku 32, Nombor 4087 yang bermaksud:

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
Rasulullah melaknat lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan wan ita yang berpakaian seperti lelaki

Kebanyakan maknyah yang beragama Is lam mengetahui perkara ini.Walaubagaimanpun mereka sebenarnya juga mengetahui bahawa mereka akan lebih bahagia sekiranya, dapat menjalani pembedahan jantina. Namun ramai yang memilih untuk tidak menjalani pembedahan itu kerana mereka berpendapat sekiranya, menjalani pembedahan jantina tersebut apabila mereka meninggal dunia, tiada siapa yang akan menguruskan jenazah mereka.

Oleh itu roh mereka tidak diterima oleh tuhan kerana tubuh mereka telah mengubah bentuk tubuh mereka. Pendapat mereka ini mendapat lagi pengukuhan dari fatwa yang dikuatkasakan oleh polis dan jabatan agama islarn. Mereka akan didakwa dengan tuduhan berkelakuan tidak senonoh di khalayak umum sekiranya didapati berpakaian seperti wanita dikhalayak umum samada dibawah akta kesalahan-kesalahan kecil atau dibawah undang-undang syariah.

Walaupun golongan maknyah muslim menghadapi tekanan yang sedemikian, ia tidak menjadi halangan pada mereka untuk terus memakai pakaian wanita. Walaubagaimanapun untuk menjalani pembedahan jantina, masih ramai tidak sanggup membelakangkan hukum agama. Maka itulah sebab sebenarnya golongan maknyah muslim terpaksa menerima alat kelamin lelaki mereka walaupun sekiranya, diberi peluang mereka pasti akan mendapatkan pembehan jantina kerana sebenarnya mereka pasti pembedahan tersebut akan membahagiakan mereka.

c. Kebebasan untuk menjadi diri mereka sendiri

1. Kebebasan untuk berkelakuan silang jantina di khalayak umum

Kita telah memperkatakan tentang maknyah yang beragama Islam tidak diiktiraf didalam masyarakat Malaysia. Lantaran itu, malaysia yang agama rasminya adalah agama, Islam telah menguatkuasakan fatwa tersebut terhadap maknyah yang beragama Islam. Bagi maknyah yang bukan beragama Islam mereka pula akan didakwa di bawah akta kesalahan-kesalahan kecil.

Menurut kajian yang dibuat pada tahun 2000, seramai 507 orang maknyah menyatakan mereka pernah diberkas oleh polis dan penguatkuasa majlis agama islam kerana berpakaian seperti wanita dikhalayak ramai dan berkelakuan tidak senonoh(Teh:2001).

2. Kebebasan menampilkan diri seperti yang mereka kehendaki daft mengembara dengan identiti silang - jantina.

Maklumat berikut diperolehi dari Jabatan Pendaftaran Negara
Sebelum tahun 1996, Jabatan Pendaftaran Negara membenarkan maknyah yang menjalani pembedahan jantina untuk mengubah nama danjantina mereka di dalam kad pengenalan mereka tanpa nama asal mereka dicatattSebagai contoh Ahmad Bin Hassan dan selepas menjalani pembedahan janfina, Ahmad yang dikenali sebagai Aini akan dicatat bersama-sama nama asalnya, Aini Binti Hassan@Ahmad Bin Hassan di dalam kad pengenalannya.

Keadaan ini berubah selepas tahun 1996 kerana mulai selepas tahun tersebut sehingga kini, seseorang maknyah yang telah menjalani pembedahan jantina tidak dibenarkan untuk menukar namanya tanpa mencatat nama asalnya di dalam kad pengenalannya. Alasan yang diberikan adalah bagi memudahkan jabatan-jabatan kerajaan terutamanya Jabatan Agama Islam, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja, jabatan imigresen mengesan jantina seseorang tanpa perlu merujuk kepada jabatan pendaftaran. Ini untuk mengelakkan berlakunya perkahwinan antara maknyah dengan lelaki kerana perkahwinan ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam.

Adalah menjadi polisi Jabatan Pendaftaran Negara sekarang ini untuk hanya menerima maklumat yang terdapat di dalam sijil kelahiran. Sijil tidak boleh diubah samasekali walaupun maknyah tersebut telah menjalani pembedahan jantina. Terdapat satu kes yang sangat jarang berlaku, seorang khunsa yang dibesarkan sebagai seorang perempuan dibenarkan mengubah namanya didalam sijil kelahirannya ketika berusia dua puluhan dengan pengesahan doktor. Sekiranya bagi keadaan biasa, sesuatu maklumat didalam sijil kelahiran hanya boleh dipinda di dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran.

Maknyah yang ingin menambah nama baru kepada nama asal di dalarn kad pengenalan mereka, mereka perlu mendapatkan surat pengesaban dari doktor hospital kerajaan yang mereka telah menjalani pembedahan jantina. Surat dari hospital swasta atau klinik swasta tidak dilayan. Apabila surat berkenaan diperolehi, proses menambah nama baru tersebut akan menjadi lebih mudah. Jabatan Imigresen pula. akan menyenaraikan kedua-dua nama tersebut di dalam paspot tetapi tiada perubahan dibuat untuk jantina kerana pihak imigresen hanya akan menggunakan maklumat yang terdapat didalam sijil kelahiran.

3. Kebebasan untuk bekerja dan mengejar cita-cita kerjaya dengan peranan silang jantina.

Pada tahun 2000, 62% dari 507 responden menyatakan kesukaran untuk mendapat pekerjaan (Teh,2000:118). Ramai yang menyatakan mereka menjadi mangsa diskriminasi kerana seksualiti mereka. Ada beberapa responden yang kembali memakai pakaian lelaki dan memotong rambut mereka untuk bekerja ditempat yang mereka kehendaki. Lebih 50% bekeda sebagai pelacur dan 30% darinya hidup dibawah paras kemiskinan dengan pendapatan kurang dari RM 450.00(USD118)

Secara umumnya lebih kurang 65% peratus makayah di Malaysia bekerja sebagai pelacur. 25% bekerja sebagai penghibur di kelab kelab, salon keeantikan dan rambut serta butik, 2% adalah peniaga warung makanan dan 8% bekerja dengan syarikat swasta (Teh dan Khartini,2000;240)

4. Kebebasan untuk berkahwin mengikut identid jantina. dan kehendak seksual

Seperti yang diperkatakan sebelum ini , Islam melarang maknyah untuk berkahwin dengan lelaki kerana pada pandangan islam masih seorang lelaki. Memang terdapat maknyah yang telah menjalam pembedahan jantina dan mahu berkahwin dengan lelaki pihhan mereka terpaksa bermigrasi ke negara lain yang mengiktiraf identiti baru mereka itu.

Sebelum fatwa pengharaman pembedahan jantina pada1983 oleh majlis raja-raja, terdapat kes maknyah yang berkahwin dan memelihara anak angkat. Mereka dapat menyesuaikan diri mereka dengan peranan baru itu dan kehidupan bekeluarga.

5. Kebebasan untuk memelihara anak.

Ramai maknya ingin memelihara anak angkat. Mereka yakin mereka akan menjadi ibu yang baik walaupun mereka adalah maknyah. Ini kerana mereka yakin bahawa transeksualisme adalh sesuatu yang semulajadi bukan berlaku dengan pengaruh sosial. Mereka yang berjaya mengambil anak angkat melaporkan anak-anak merka itu sama seperti anak-anak dari perkahwinan heteroseksual. Mereka selalunya mengambil anak angkat yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mereka. Sesetengh pula berjaya memperolehi anak angkat melalui pertolongan saudara mara mereka. Undang-undang di Malaysia melarang maknyah dari mengambil anak angkat dan terlalu banyak diskriminasi dialami oleh maknyah apabila mereka ingin mengambil anak angkat.

6. Hak untuk memperolehi kemudahan perubatan

Ramai maknyah mengambil hormon untuk membesarkan payudara, menclapat kulit yang lembut, mengurangkan bulu-bulu dibadan dan muka serta pencgangan penis. Kebanyakan dari merekajuga tidak mendapatkan nasihat doktor tentang pengambilan hormon. Ini kerana hormon mudah didapati di flumasi tanpa preskripsi dari doktor dan mereka mendapat maklurnat tentng pengambilan hormon dari rakan rakan yang telah biasa dengan hormon tanpa mengetahui kesan sampingan dan dos hormon yang sepatutnya diambil. Hanya sebilangan kecil mendapatkan nasihat doktor kerana 1) kos perubatan agak mahal, 2) mereka risau doktor tersebut tidak sensitif tentang orientasi seksual mereka kerana mereka ada mendengar cerita cerita yang negatif dari rakan mereka.

Memang ada dikalangan maknyah yang berjumpa doktor dan mereka menyatakan doktor - doktor tersebut amat memahami serta bersimpati terhadap mereka.

Pernah juga ada doktor yang anf dengan pembedahan jantina dan menjalankan pernbedahan tersebut terhadap maknyah yang inginkan pembedahan tersebut. Walaubagaimanapun salah seorang dari mereka adalah seorang muslim dan beliau telah bersara ekoran larangan terhadapnya dari terus melakukan terhadap pembedahan itu. Pada masa knu pembedabanjantina hanya dapat dilakukan di luar negara, samaada di Singapura atau Thailand. Pada maknyah yang berkernampuan, mereka memilih untuk menjalankan pernbedahan tersebut di Eropah.
Terdapat beberapa kelemahan jika pembedahan ini dijalankan diluar negara, antaranya adalah tiadanya kaunseling yang secukupnya sebelum dan selepas pembedahan. Kaunseling awalan penting bagi menentukan bahawa pembedahan itu adalah rawatan yang paling sesuai. Kaunseling selepas pebedahan pula penting bagi membantu maknyah menyesuaikan diri di dalarn identiti baru mereka. Terdapat kes -kes maknyah yang menjalani pernbedahan di luar negara mengalami masalah mental kerana gagal menyesuaikan dirinya dengan peranan baru mereka itu.
Sekiranya golongan maknyah perlu mendapaatkan rawatan, mereka lebih gemar berjumpa dengan doktor swasta kerana mereka lebih merasa selesa. Mereka terpaksa membayar kos rawatan tersebut. Mereka boleh juga mendapat rawatan murah di hospital kerajaan tetapi mercka pastinya akan menjadi buah mulut dan pandangan sinis dari orang awam.

    d. Lain Lain Perkara

Kebanyakan maknyah sedar mereka tidak dapat hidup seperti orang lain sekiranya tanpa bantuan luar, mereka terpaksa melacurkan diri. Mereka sebenarnya mahu keluar dari kancah yang hina itu dan mempelajari kemahiran-kemahiran seperti menjahit, mendandan rambut, menggubah bunga, menari, menyanyi, menguasai bahasa dan kemahiran ICT tetapi masalah kewangan merupakan halangan yang besar dan mereka ju ga tidak mengetahui di mana mereka boleh mendapatkan bantuan. Sesetengah berminat untuk mempunyai perniagaan sendiri tetapi tiada, ilmu perniagaan dan modal. Jabatan Kebajikan Masyarakat pula hanya akan melayan mereka seperti golongan miskin yang lain. Sesetengah ingin bergiat di dalarn bidang pertanian seperti golongan yang dibantu oleh FELDA.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat, terdapat tigajenis bantuan bagi mereka yang memerlukan bantuan. Bantuan yang pertama adalah bantuan kewangan sebanyak RM75 sebulan. Bantuan bentuk kedua. adatah di dalam bentuk geran pelancaran sebanyak RM 2000.00 bagi memulakan perniagaan. Bantuan bentuk ketiga, pula di dalam bentuk geran projeh masyarakat sebanyak RM 20,000 yang diberikan kepada kumpulan seramai sepuluh orang.

Tiada suatu polisi yang khas bagi maknyah yang mernerlukan bantuan kewangan untuk mereka memulakan perniagaan. Mereka akan dilayan sepertimana golongan miiskin yang lain. Sekiranya mereka kes kemiskinanan yang tulen mereka juga akan memperoleh bantuan dari tersebut.
Masalah perumahan juga ketara di kalangan maknyah. Ini kerana ramai yang tidak mahu menyewakan rumah atau bilik mereka pada maknyah. Membeli rumah sendiri pula amat sukar kerana pihak bank akan menilai kemampuan untuk membayar semula pinjaman perumahan sedangkan para maknyah kebanyakanya adalah pelacur yanhg tidak tetap pendapatannya. Kebanyakan maknyah yang ditemurarnah mahukan peluang untuk memilild rumah kos rendah dan yakin mampu untuk membayar semula pinjaman perumahan oleh pihak bank. Sekiranya mereka gagal membayar semnula pinjaman, bank boleh menarik semula pinjaman terebut dan melelong rumah itu.

Apa yang utama, golongn makayah mahu diterima oleh masyarakat tanpa syarat dan tanpa diskriminasi terutamanya di dalam hal mendapatkan pekerjaan. Mereka tidak mahu berada di dalam keadaan terpaksa melacurkan diri dan dipandang oleh masyarakat. Apa yang mendukacitakan adalah maknyah terpaksa, melacurkan diri tetapi masyarakat menghalang mereka dari mendapatkan pekedaan keda, yang sesuai. Seorang maknyah pernah menyatakan "siapa yang mahu digelar pondan?" sekiranya mereka mempunyai pilihan.

Secara amnya golongan maknyah seperti juga maknya di lain-lain tempat di dunia walaupun majoriti maknyah di Malaysia bergama Islam menerima kenyataan yang mereka tidak dibenarkan untuk menjalani pembedahan jantina kerana Islam tidak membenarkan pembedahan tersebut. Ramai yang berpendapat bahawa. perasaan kewanitaan yang mendalarn dan berpakaian wanita adalah memadai untuk mereka.

Buat masa ini masih hebat diperdebatkan samada, transeksualisme adalah fenomena sosial ataupun biologikal ataupun kedua duanya sekali. Maknya juga manusia yang berhak untuk mendapat mendapat layanan yang sama rata. Akibat diskriminasi, sesetengah terpaksa melacurkan diri mereka untuk terus hidup.

Bibliografi

Abdul Aziz Haji Hanafi (1987), "Islam Sebagai Ad-Din", Seminar Mak Nyah Ke Arah Menentukan Identiti Dan Status Mak Nyah Dalam Masyarakat, Law Faculty, Universiti Malaya.

Khairuddin Yusof (1987), "Social And Health Review Of Transsexuals", Seminar Mak Nyah Ke Arah Menentukan Identiti Dan Status Mak Nyah Dalam Masyarakat, Law Faculty, Universiti Malaya.

Teh, Yik Koon (1998). Understanding The Problems Of Mak Nyahs (Male Transsexuals) In Malaysia. South East Asia Research, Vol.6, No.2, July 1998.

Teh, Yik Koon and Khartini Slamah (2000). Mak Nyahs (Male Transsexuals) In Malaysia. Ministry of Science, Technology and Environment of Malaysia Research Report (IRPA).

Teh, Yik Koon (2001). Mak Nyahs (Male Transsexuals) in Malaysia: The Influence of Culture and Religion on their Identity. The International Journal of Transgenderism, Vol.5, No.3, July-September 2001.

Wan Azmi Ramli (1991). Dilema Mak Nyah: Suatu Illusi. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

 

Home